Waktu Solat

Jumaat, Disember 24, 2010

Dialog Iblis dengan Rasulullah s.a.w -- Part 1

Ringkasan kisah ini telah disesuaikan kembali daripada penyusun asalnya Syaikh Muhammad bin Haji Mohd Said, Guru Madrasah Al-Sibyan, Singapura dan penerbit asalnya Hashim bin Haji Abdullah yang dicetak oleh Al-Ahmadiah Press (Pte) Ltd., Singapura.

Allah SWT telah menitahkan Malaikat untuk berjumpa raja iblis dan menyuruh raja iblis mengadap kehadhirat Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. bagi membuka segala jenis rahsia kegemaran dan kebencian raja iblis. Peristiwa ini juga membayangkan ketinggian darjat Baginda Rasulullah s.a.w. serta menjadi perisai dan peringatan kepada sekelian umat Baginda. Malaikat menyatakan
Titah Allah SWT kepada raja iblis :

Hai iblis!! Bahawa Allah SWT Yang Maha Mulia lagi Maha Besar telah menitahkan engkau supaya mengadap kehadhirat Rasulullah s.a.w. dan hendaklah engkau membuka segala rahsiamu dan apa-apa yang disoal oleh Nabi Muhammad s.a.w. hendaklah engkau menjawab dengan benar dan sekiranya engkau berdusta walau satu perkataan sekalipun nescaya diputuskan segala anggotamu dan uratmu serta engkau akan disiksa dengan azab yang amat keras

Mendengar sahaja perkataan Malaikat berkenaan, iblis terasa dahsyat dan amat gerun sekali. Dengan segera iblis datang mengadap Baginda Rasulullah s.a.w. dengan menyamar menjadi seorang tua yang buta sebelah matanya serta berjanggut putih sebanyak 10 helai yang panjangnya seperti ekor lembu. Iblis memberikan salam dengan penuh hormat dan takzim sebanyak 3 kali yang tiada dijawab oleh Baginda Rasulullah s.a.w., iblis pun bertanya...

Khamis, Disember 23, 2010

Rindu ku padanya

Rindu ku ini tak tertahan lagi...

Aku sering mengambil kesempatan untuk melihat gambar-gambarnya, membaca mengenai kisah-kisahnya.. menonton apa sahaja rancangan yang berkisar mengenainya..

Bila ku bicarakan rindu ini kepada orang yang tidak pernah bertemu dengannya, tidak.. mereka tidak faham.. mereka tidak mengerti.. tidak mengerti mengapa hati ini sentiasa sayu apabila teringatkannya...

Rabu, Disember 22, 2010

Kali Pertama Bertemu

Disember 2008 - Penerbangan yang panjang itu berakhir di Jeddah. Aku melihat satu per satu wajah ahli keluargaku. Masing-masing dengan ekspresi wajah yang berbeza. Kelihatan Mak dan Abah dalam keadaan yang sangat tenang.

Aku lihat kakakku memeluk lengan suaminya. Masing-masing tersenyum-senyum. Entah apa yang difikirkan oleh dua pengantin baru itu. Lantas aku memandang kedua-dua adik lelakiku, " This is it! " Mereka berdua tersenyum memahami kata-kataku.

Khamis, Disember 09, 2010

Kuasa Kalimah بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum wbt..

Selalu saja kita baca kalimah بسم الله الرحمن الرحيم  yang bermaksud "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Tahukah anda, kalimah ini sangat berkuasa? Dari maksudnya sahaja sudah tertera, dengan nama Allah.. yakni kita melafazkan sumpah di atas nama Allah. Dan tiada apa pun yang boleh mengatasi kekuasaan Allah yang Satu.

Di sini aku nak kongsikan bagaimana cara untuk kita menggunakan kalimah Basmallah ini sebagai pelindung kepada diri dan keluarga kita.

Amalan dan Doa sebelum memulakan Perjalanan

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt..

Doa yang aku nak kongsikan hari ini ialah doa sebelum memulakan perjalanan. Sebelum memulakan perjalanan, amat disarankan supaya membaca doa ini agar perjalanan kita dilindungi oleh Allah swt sehinggalah selamat sampai ke destinasi.