Waktu Solat

Khamis, Disember 09, 2010

Kuasa Kalimah بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum wbt..

Selalu saja kita baca kalimah بسم الله الرحمن الرحيم  yang bermaksud "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Tahukah anda, kalimah ini sangat berkuasa? Dari maksudnya sahaja sudah tertera, dengan nama Allah.. yakni kita melafazkan sumpah di atas nama Allah. Dan tiada apa pun yang boleh mengatasi kekuasaan Allah yang Satu.

Di sini aku nak kongsikan bagaimana cara untuk kita menggunakan kalimah Basmallah ini sebagai pelindung kepada diri dan keluarga kita.


  • Bacalah Basmallah ketika hendak masuk ke dalam rumah, dan tutuplah pintu rumah sambil membacanya.
    • Tahukah anda, setiap kali anda masuk ke dalam rumah, syaitan akan ikut sama masuk. Jadi ucapkanlah kalimah Basmallah ketika hendak masuk ke rumah. Dengan cara ini syaitan laknatullah tidak akan dapat masuk ke dalam rumah anda sama sekali. Maka dengan izin Allah, anda dan keluarga terlindung daripada gangguan dan tipu daya makhluk durjana ini.



  • Bacalah Basmallah 21 kali sebelum tidur.
    • Di ambil dari kisah dialog di antara Rasulullah SAW dengan Iblis ( penyusun asalnya Syaikh Muhammad bin Haji Mohd Said, Guru Madrasah Al-Sibyan, Singapura)
      Rasulullah bertanya kepada Iblis:
      Rasulullah S.A.W: "Hai iblis! Siapakah saudaramu?"
      Iblis
      : "Orang yang tidur meniarap atau tidur (nyenyak) di waktu subuh, maka dia masih tidur dan tidak segera solat subuh, maka hamba akan mengulitnya sehingga dia lena sehingga terbit matahari dan begitu juga pada waktu zohor, asar dan maghrib, hamba (akan) beratkan hatinya (sehingga) menjadi malas mengerjakan solat."
    • Maka bacalah Basmallah sebanyak 21 kali sebelum tidur untuk mengelakkan daripada godaan syaitan tersebut.
  • Bacalah Basmallah ketika hendak makan dan minum.
    • Ramai di antara kita sudah sedia maklum mengenai bahagian ini. Syaitan akan turut sama memakan makanan yang dimakan oleh kita sekiranya kita tidak membaca Basmallah.
    • Sebaiknya kita hendaklah membaca doa makan berikut:
  • Sekiranya terlupa untuk membaca kedua-duanya, hendaklah membaca:
    • Syaitan juga akan memakan makanan yang disuap menggunakan tangan kiri. Jadi makanlah dengan menggunakan tangan kanan.
  • Membaca Basmallah ketika hendak menutup makanan atau minuman yang terdedah
    • Tahukah anda, syaitan akan sentiasa mengambil peluang untuk menaburkan racun penyakit ke dalam makanan atau minuman yang terdedah.
    • dan sekiranya kita memakan atau minum makanan yang telah tercemar itu, kita akan mudah untuk mendapat penyakit.
    • Maka, hendaklah kita sentiasa menutup makanan atau minuman yang dibiarkan lama atau hanya sekejap. Termasuklah minuman yang kita hidang semasa sedang makan.
    • Untuk menutupnya, boleh digunakan apa-apa sahaja yang sesuai. Paling tidak pun kita boleh hanya menutupnya dengan sudu atau garfu. Bacalah Basmallah semasa hendak menutup makanan/minuman tersebut.
    • Insyallah syaitan tidak dapat mencemarkan makanan tersebut.
Demikianlah bagaimana kita boleh menggunakan kalimah Basmallah, dengan izin Allah kita dapat menghindarkan daripada tipu daya syaitan laknatullah itu. Kita juga dapat berlindung di sebalik nama Allah yang Maha Esa. Lihatlah betapa beruntungnya kita menjadi seorang Muslim. Alhamdulillah.


Dari Marisa Muslim: Bersyukur kerana dilahirkan sebagai Muslim. Dengan izin Allah, aku akan melayari hidupku sebagai Muslim sejati.. amin

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum..
    bnyak manfaat ana bace blog anti..
    semoga Allah balas segala usaha anti..
    insya Allah..
    http://pencinta-ilmu-islam.blogspot.com/
    semoga anti sudi dtg blog ana juga ^^

    BalasPadam
  2. waalaikumsalam..
    terima kasih, insyallah ana ziarah blog anti :)

    BalasPadam