Waktu Solat

Jumaat, Disember 24, 2010

Dialog Iblis dengan Rasulullah s.a.w -- Part 1

Ringkasan kisah ini telah disesuaikan kembali daripada penyusun asalnya Syaikh Muhammad bin Haji Mohd Said, Guru Madrasah Al-Sibyan, Singapura dan penerbit asalnya Hashim bin Haji Abdullah yang dicetak oleh Al-Ahmadiah Press (Pte) Ltd., Singapura.

Allah SWT telah menitahkan Malaikat untuk berjumpa raja iblis dan menyuruh raja iblis mengadap kehadhirat Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. bagi membuka segala jenis rahsia kegemaran dan kebencian raja iblis. Peristiwa ini juga membayangkan ketinggian darjat Baginda Rasulullah s.a.w. serta menjadi perisai dan peringatan kepada sekelian umat Baginda. Malaikat menyatakan
Titah Allah SWT kepada raja iblis :

Hai iblis!! Bahawa Allah SWT Yang Maha Mulia lagi Maha Besar telah menitahkan engkau supaya mengadap kehadhirat Rasulullah s.a.w. dan hendaklah engkau membuka segala rahsiamu dan apa-apa yang disoal oleh Nabi Muhammad s.a.w. hendaklah engkau menjawab dengan benar dan sekiranya engkau berdusta walau satu perkataan sekalipun nescaya diputuskan segala anggotamu dan uratmu serta engkau akan disiksa dengan azab yang amat keras

Mendengar sahaja perkataan Malaikat berkenaan, iblis terasa dahsyat dan amat gerun sekali. Dengan segera iblis datang mengadap Baginda Rasulullah s.a.w. dengan menyamar menjadi seorang tua yang buta sebelah matanya serta berjanggut putih sebanyak 10 helai yang panjangnya seperti ekor lembu. Iblis memberikan salam dengan penuh hormat dan takzim sebanyak 3 kali yang tiada dijawab oleh Baginda Rasulullah s.a.w., iblis pun bertanya...

Khamis, Disember 23, 2010

Rindu ku padanya

Rindu ku ini tak tertahan lagi...

Aku sering mengambil kesempatan untuk melihat gambar-gambarnya, membaca mengenai kisah-kisahnya.. menonton apa sahaja rancangan yang berkisar mengenainya..

Bila ku bicarakan rindu ini kepada orang yang tidak pernah bertemu dengannya, tidak.. mereka tidak faham.. mereka tidak mengerti.. tidak mengerti mengapa hati ini sentiasa sayu apabila teringatkannya...

Rabu, Disember 22, 2010

Kali Pertama Bertemu

Disember 2008 - Penerbangan yang panjang itu berakhir di Jeddah. Aku melihat satu per satu wajah ahli keluargaku. Masing-masing dengan ekspresi wajah yang berbeza. Kelihatan Mak dan Abah dalam keadaan yang sangat tenang.

Aku lihat kakakku memeluk lengan suaminya. Masing-masing tersenyum-senyum. Entah apa yang difikirkan oleh dua pengantin baru itu. Lantas aku memandang kedua-dua adik lelakiku, " This is it! " Mereka berdua tersenyum memahami kata-kataku.

Khamis, Disember 09, 2010

Kuasa Kalimah بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum wbt..

Selalu saja kita baca kalimah بسم الله الرحمن الرحيم  yang bermaksud "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Tahukah anda, kalimah ini sangat berkuasa? Dari maksudnya sahaja sudah tertera, dengan nama Allah.. yakni kita melafazkan sumpah di atas nama Allah. Dan tiada apa pun yang boleh mengatasi kekuasaan Allah yang Satu.

Di sini aku nak kongsikan bagaimana cara untuk kita menggunakan kalimah Basmallah ini sebagai pelindung kepada diri dan keluarga kita.

Amalan dan Doa sebelum memulakan Perjalanan

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt..

Doa yang aku nak kongsikan hari ini ialah doa sebelum memulakan perjalanan. Sebelum memulakan perjalanan, amat disarankan supaya membaca doa ini agar perjalanan kita dilindungi oleh Allah swt sehinggalah selamat sampai ke destinasi.

Rabu, Disember 08, 2010

Riak setelah Bertaubat: Bagaimana untuk mengekalkan Iman?



Assalamualaikum wbt..

Aku tertarik untuk menulis mengenai perkara ini adalah kerana ianya berkait rapat sekali dengan diriku..
Para ulama' telah bersepakat bahawa Iman dalam diri seseorang muslim boleh menaik dan menurun bergantung kepada perlakuan dalam kehidupan sehariannya.
Memetik kata-kata Uzar, manusia (kecuali Rasulullah saw) tidak dapat lari daripada melakukan dosa. Mahupun sekecil-kecil dosa.

Mereka Prejudis atau Kita tidak Yakin?


Assalamualaikum wbt..


Kebelakangan ni, banyak sangat isu mengenai prejudis terhadap wanita-wanita yang berjubah labuh serta tudung labuh tetapi bersiar-siar di Shopping Complex berprestij... banyak sangat artikel yang aku baca mengenai ketidakpuasan hati oleh bunga-bunga Islam ini mengenai prasangka dan prejudis orang terhadap diri mereka.. apatah lagi orang-orang yang memberi komen itu adalah saudara seagama...



Mari kita kaji keadaan ini...

Ahad, Disember 05, 2010

Al Ukail merubah persepsi diriku: Masyallah


Iya Allah itu Maha Agung... Maha Mengetahui... kita sebagai manusia biasa tiada kuasa untuk mengetahui apa yang telah Ia rencanakan dalam hidup kita..

Dahulu aku adalah seorang yang tidak sukakan kanak-kanak apatah lagi baby...
Dahulu kalau aku diberi baby untuk didukung, pastinya aku akan menolak keras. Aku tak faham kenapa ramai orang suka kan baby kecil..

mereka kata: Alaaa... tomey nyee budak ni... (aku kata: apa yang comelnya??)
mereka kata: bucuk bucuk sayang... (aku kata: memang busuk pun kalau dah bobo dalam pampers)

Mulakan kali ini demi Allah SWT


Sebegitu lama sekali aku meninggalkan dunia blog. Kali ini aku terdetik untuk bergelumang dalam dunia blog semula..dengan nafas baru, dengan nama yang baru.. demi kerana Allah SWT yang tercinta.. Insyallah..

Suatu ketika dahulu blog menjadi ketagihan untukku. Suatu ketika dahulu juga blog menjadi tempat aku mengumpul dosa-dosa kering... ye lah.. tika zaman jahilliyah, aku banyak postkan perkara-perkara dan gambar-gambar yang tidak sepatutnya. Alhamdulillah, syukur Allah SWT telah memberi hidayah kepadaku.