Waktu Solat

Khamis, Disember 23, 2010

Rindu ku padanya

Rindu ku ini tak tertahan lagi...

Aku sering mengambil kesempatan untuk melihat gambar-gambarnya, membaca mengenai kisah-kisahnya.. menonton apa sahaja rancangan yang berkisar mengenainya..

Bila ku bicarakan rindu ini kepada orang yang tidak pernah bertemu dengannya, tidak.. mereka tidak faham.. mereka tidak mengerti.. tidak mengerti mengapa hati ini sentiasa sayu apabila teringatkannya...


Sesiapa sahaja yang pernah bertemu dengannya pasti juga akan seperti diriku...
Nabi Ibrahim a.s pernah berdoa ketika beliau meninggal Hajar dan anaknya Ismail di atas perintah Allah:
"Wahai tuhanku, aku tinggalkan zuriatku di lembah yang gersang di sisi rumahmu (baitikal haram) untuk didirikan solat di atasnya. Oleh itu Ya Allah, jadikanlah hati manusia rindu kepadanya moga-moga mereka selalu kembali kepadanya (Mekah)".

Allah Maha Besar... Memang benar, setiap manusia yang pernah bertemu dengannya akan rindu untuk kembali lagi...

Begitulah hebatnya Baitullah al-Haram...

Setiap manusia yang pernah ke Mekah, pasti akan rindu untuk melihat Kaabah lagi. Pasti...


..dan yang pasti rinduku kini kian bercambah...bilakan lagi aku akan ketemu Kaabah?



Dari Marisa Muslim: Ya Allah Ya Tuhanku.. Tuhan yang Menguasai sekelian makhluk dan alam... terimalah ku sebagai tetamu-Mu sekali lagi Ya Allah... sesungguhnya hati ini sangat rindu dengan Tanah Haram-Mu ya Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan