Waktu Solat

Rabu, Disember 08, 2010

Mereka Prejudis atau Kita tidak Yakin?


Assalamualaikum wbt..


Kebelakangan ni, banyak sangat isu mengenai prejudis terhadap wanita-wanita yang berjubah labuh serta tudung labuh tetapi bersiar-siar di Shopping Complex berprestij... banyak sangat artikel yang aku baca mengenai ketidakpuasan hati oleh bunga-bunga Islam ini mengenai prasangka dan prejudis orang terhadap diri mereka.. apatah lagi orang-orang yang memberi komen itu adalah saudara seagama...



Mari kita kaji keadaan ini...



Situasi 1:

Alia bersiar-siar di Pavillion KL dengan memakai jubah labuh warna hijau pastel. Lengkap dengan tudung labuh nya sekali.. Kaki juga disarungkan stokin agar menutup aurat kakinya. Dirinya sendiri memang berasal dari ibukota KL dan bersekolah di Sekolah Menengah di dalam negeri. Tujuan datang ke situ adalah untuk bertemu dengan rakan sekolahnya. Sementelah cuti sekolah.
Rakan-rakannya yang lain kebanyakannya berpakaian yang trendy dan bergaya. Semuanya adalah fesyen moden. Baru Alia dapat lihat rambut rakannya yang sudah dikaratkan. Ye lah di sekolah semuanya wajib bertudung.
Sepanjang bersiaran di Pavillion itu, Alia sering terasa dirinya ditenung oleh orang-orang sekelilingnya. Ke mana saja dia pergi Alia terasa seperti dirinya diperhatikan. Sehinggakan dia terpaksa masuk ke tandas untuk melihat apa yang tidak kena dengan dirinya.. Ada koyak ke baju aku ni? detik hatinya.. setelah dibelek-belek, tiada apa pun yang tidak kena dengan pakaiannya.
"Eh ustazah, nak pegi mengaji ke lepas ni?" Usik rakan-rakannya. Alia mula berasa rendah diri dan malu kerana terasa seperti dipinggirkan. Lalu sepanjang bersiaran itu, dia sentiasa mendiamkan diri dan berjalan seperti orang yang tiada keyakinan diri. Tidak seperti rakan-rakannya yang sangat gembira dan ceria.


Situasi 2:

Suri lengkap berpakaian jubah warna hitam. Digayakannya dengan tudung labuh. Kakinya juga lengkap bersarung stokin agar auratnya tidak terdedah. Ia kemudian keluar bersama kakaknya (yang juga berpakaian menutup aurat) ke Pavillion KL dengan memandu kereta. Dirinya berasal dari Johor dan sudah lama menetap di ibukota. Mempunyai kerjaya yang stabil.
Sampai di Pavillion Suri bersiaran bersama kakaknya untuk shopping. Mereka berjalan dengan penuh ceria dan yakin. Tiada langsung mereka rasakan diri mereka diperhatikan. Tiada pun promoter-promoter kedai yang prejudis terhadap mereka. Bukan calang-calang kedai yang mereka masuki itu, semuanya adalah butik-butik terkenal. Mereka dapat shopping dengan selesa sekali walaupun zahirnya mereka berpenampilan sangat berlainan dengan orang-orang disekeliling.
Sangat banyak wanita-wanita yang berpakaian seksi dan moden di sekeliling mereka. Memang ada yang memerhatikan mereka namun Suri dan kakaknya tidak langsung memperdulikan mereka. Mereka sangat selesa dan yakin dengan diri sendiri. Di dalam hati Suri hanya mendoakan agar mereka yang memerhatikan itu menerima hidayah daripada Allah swt.


Dari dua situasi yang aku beri di atas, dapat kita lihat dua wanita Muslim yang berpakaian sama, berada di tempat yang sama tetapi mengalami senario yang berlainan. Mengapa?

Jawapannya ialah YAKIN DIRI.

Ya, yakin diri yang menyebabkan mereka berada di situasi yang berlainan sekali. Dalam situasi 1, sekiranya Alia yakin dengan dirinya sendiri dan percaya dengan tindakannya berpakaian sedemikian, mungkin Alia juga akan ceria seperti rakan-rakannya yang lain. Dia seharusnya tidak berkecil hati atau malu dengan usikan rakannya itu, malah dia boleh sahaja membalas dengan sopan dan memberitahu mereka ini adalah pakaian yang sepatutnya mereka kenakan.
"Aurat kan wajib ditutup. Kalau korang pakai macam ni, mesti korang nampak lebih ayu"
 Jawapan yang boleh memberikan sentapan pada hati tetapi sentapan yang mungkin boleh membuka hati mereka. Wallahualam
Lihat di situasi 2, Suri dan kakaknya juga ada diperhatikan oleh orang-orang sekeliling tetapi mereka tidak mengendahkan orang-orang tersebut malah mereka turut mendoakan untuk orang-orang tersebut.

Secara psikologi, sebenarnya anda boleh mempengaruhi orang yang berada disekeliling anda.
Contoh, sekiranya anda sedang bercakap dengan seseorang, dan anda bercakap dengan penuh ceria dengan mulut yang sentiasa tersenyum. Anda rasa rakan anda itu akan tersenyum tak? Ya, dia juga akan terpengaruh dengan mood anda itu. Paling tidak pun dia akan tersenyum senget.

Contoh lain, penyambut tetamu yang membukakan pintu untuk pelanggan. Ia menyambut mereka dengan senyuman ikhlas yang sampai ke telinga sambil mengucapkan "Selamat Datang". Rasa-rasanya adakah pelanggan itu akan tersenyum juga? Tentu sekali dia akan tersenyum. Paling tidak pun dia akan menganggukkan kepala tanda terima kasih.

Inilah kuasa psikologi yang kita boleh gunakan untuk mempengaruhi orang-orang di sekeliling kita. Kita sahaja yang tidak berapa perasan dengan kekuatan diri sendiri. Yang pentingnya kita harus yakin dan percaya dengan diri sendiri.

Keadaan ini boleh diaplikasikan dengan situasi berpakaian jubah labuh di shopping complex yang berprestij.

Sekiranya kita yakin dengan diri. Berjalan dengan yakin dan ceria, kita dapat mempengaruhi orang-orang disekeliling sambil menyampaikan mesej bahawa pakaian kita adalah yang terbaik dan bagus.

Mungkin ada pembaca yang mencebikkan bibir dan berkata semua ini adalah rekaan aku semata-mata. Minta maaf, tanggapan anda salah sama sekali. Sebelum aku menasihat kepada orang lain sudah tentunya aku terlebih dahulu melakukan apa yang aku pesan. Kalau tidak tentu aku menjadi seperti orang yang cakap tak serupa bikin. Sebenarnya situasi 1 dan 2 di atas adalah apa yang terjadi pada diri sendiri. Lebih kurang. Cuma aku tukarkan sedikit jalan cerita.

Lihat bagaimana aku boleh berubah dari situasi 1 ke situasi 2. Apa yang aku ubah adalah keyakinan diri. Dan aku percaya dengan diri sendiri.

Jadi bagaimana dengan anda?


Dari Marisa Muslim: Suka pakai Arbaya sebab selesa dan nampak anggun

2 ulasan:

  1. ehehe... setuju dgn coretan ini.. Keyakinan diri amat penting. Mudah2an dlm aper jua yg kita buat.. kita akan lebih dekat dgn Allah

    BalasPadam
  2. @Mama Al Ukail: Insyallah.. huhu :)

    BalasPadam