Waktu Solat

Ahad, Disember 05, 2010

Mulakan kali ini demi Allah SWT


Sebegitu lama sekali aku meninggalkan dunia blog. Kali ini aku terdetik untuk bergelumang dalam dunia blog semula..dengan nafas baru, dengan nama yang baru.. demi kerana Allah SWT yang tercinta.. Insyallah..

Suatu ketika dahulu blog menjadi ketagihan untukku. Suatu ketika dahulu juga blog menjadi tempat aku mengumpul dosa-dosa kering... ye lah.. tika zaman jahilliyah, aku banyak postkan perkara-perkara dan gambar-gambar yang tidak sepatutnya. Alhamdulillah, syukur Allah SWT telah memberi hidayah kepadaku.



Bagaimana cara mudah untuk mengumpul DOSA di blog?

Ayat di atas ini seperti kasar bukan.. ia bukan setakat kasar malah ia adalah ayat sindiran untuk sekelian muslimah yang menggunakan khidmat blog sebagai diari mereka.

Rasanya ramai yang sudah sedia maklum dan mungkin sudah diberitahu mengenai isu yang aku nak ketengahkan ini. Tapi tidak mengapa, aku masih lagi nak utarakan isu ini sebagai peringatan kepada saudara-saudara semuslimah.

Isu yang utama ialah gambar-gambar Muslimah dipost dalam blog/facebook/twitter/MySpace etc..

Perkara ini terjadi kepada diriku sendiri. Aku tidak bertujuan untuk membuka aib sendiri di sini, tetapi tujuan aku ialah untuk para pembaca mengambil ikhtibar dengan kejadian yang menimpa diriku. Insyallah..

Dahulu aku adalah seorang yang amat jahil. Aku hanyalah Islam pada nama...(mungkin pembaca boleh faham). Kalau nak bergambar tu, sesuka hati saja... langsung tidak menghiraukan aurat. Lantas, gambar-gambar tersebut terus diupload di mana-mana saja khidmat laman sosial yang aku daftar. Laman sosial yang aku mula-mula sekali kenali dan ketagih ialah MySpace. Ye, aku memang dah tua. Pada tahun sekitar 2001-2002 MySpace amat popular. FB belum wujud lagi masa tu..
Maka, terpampang la muka-muka ku di MySpace.. sesiapa saja boleh melihatnya.. apabila ada ajnabi yang komen gambar, aku bangga sekali. Kembang semangkuk bila dipuji oleh jejaka-jejaka yang mungkin tak pernah dikenali secara peribadi..
Keadaan berterusan sehingga zaman Facebook pula muncul, zaman Blogspot.. terus-terusan.. Malah gambar-gambar sentiasa dikemaskini agar para penonton dapat melihat diriku yang paling latest.

Aku membiarkan sahaja sekiranya ada jejaka yang ingin copy gambar ku. Malah aku bangga bila ada yang ingin berbuat begitu..

masih berterusan...

sehingga akhir Disember 2008..

Aku pertama kali menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah.. aku pergi menunaikan umrah.. di situlah berlaku sebuah titik peralihan dalam hidup ku... Alhamdulillah aku diberikan hidayah oleh-Nya. Disitulah aku tersedar.. sesedar sedarnya..bahawa banyak sekali dosa ku... aku bertaubat kepada Nya...

..ahh bagaimana aku mahu menceritakan apa perasaannya apabila dibuka kan hati oleh Allah SWT.. biarlah aku sahaja yang tahu bagaimana perasaannya... dan aku juga doakan para pembaca juga akan sentiasa diberikan hidayah oleh-Nya.. amin..

Perubahan yang berlaku pada diri ku, mengubah segala aspek dalam kehidupan diri ini... aku mula mendelete semua gambar-gambar dalam akaun laman sosial... bermula dari MySpace, Friendster, Petster, Facebook, Blogspot... banyak betul.

Tahukah anda, bahawa gambar-gambar itu penyebab anda mendapat dosa yang berganda-ganda. Dengan hanya satu gambar yang mendedahkan aurat, apabila ada ajnabi yang melihatnya, anda akan mendapat dosa satu kali ganda.. bagaimana anda boleh menghalang kalau beribu-ribu orang melihatnya? Lihat total friends anda. berapa? ada tak sampai mencecah 3000? 4000? ada juga yang berpuluh ribu friends bukan?
Jadi, berapa puluh ribu atau ratusan ribu dosa telah anda kumpul?
Dalam Facebook mungkin anda boleh restrict kan gambar anda kepada private.. tetapi tahukah anda krew-krew facebook boleh sahaja dengan sewenang-wenangnya mencapai gambar anda itu... tahukah anda mereka juga banyak terdiri dari ajnabi? Masih lagi berdosa kan?

Bagaimana pula sekiranya ada friends anda telah copy gambar anda dan simpannya sebagai koleksi peribadi? Inilah yang terjadi kepada diri ku. Ada yang menggunakannya sebagai bahan penaik nafsu syahwat.. Ya Rabbi berapa banyak dosa yang aku dapat disitu? Astaraghfirullah al azim... semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa ku...

Macam yang aku cerita tadi, aku telah delete semuanya gambar ku. Tapi dengan izin Allah SWT, terjadi lah suatu insiden, ex-boyfriend ku telah upload gambar ku yang tidak menutup aurat dalam FB dia... Ya Allah!! Banyak pulak tu dia upload.. aduh...

Aku memang kelam kabut masa tu.. aku terpaksa merayu pada dia berkali-kali untuk delete gambar2 tu.. tapi ex-boyfriend ku tak layan langsung.. malah berbulan-bulan gambar ku terpampang di FB dia. Aku cuba minta tolong pada rakan-rakannya, tidak juga menjadi... Sedih sangat pada waktu itu, tiap-tiap malam airmata ini mengalir teringatkan dosa-dosa sedang digandakan..

pada suatu malam aku bangun dari tidur dan membuat solat Taubat.. minta ampun kepada Allah.. memang aku menangis semahu-mahunya... aku teringat dosa-dosa lalu yang pernahku lakukan.. Hanya Allah SWT sahajalah tempat aku mengadu, tempat untuk ku memohon pertolongan dan kepada-Nya lah aku akan kembali... tiada siapa yang boleh membantuku, hanyalah Dia.. malam itu aku meneruskan dengan solat Hajat.. dalam sujud yang panjang, aku berdoa berulang kali agar Allah SWT membantuku..

Alhamdulillah... selang beberapa hari selepas malam itu, tiada lagi gambar-gambarku dalam FB dia.. semuanya telah di delete.. aku bersyukur teramat sangat.. tapi aku sedar, sudah pasti gambar2 itu masih lagi dalam simpanannya... aku memang tidak dapat mengawal keadaan itu, hanya Allah sahaja yang mampu menolongku..

Ingatlah wahai muslimah... sekali anda upload gambar anda, tidak mungkin anda dapat delete gambar2 tersebut... kerana jaringan internet ini sangat lah luas... anda tidak mungkin dapat kawal. Tidak Mungkin!
Walaupun anda dah delete, anda masih lagi tidak tahu, siapa yang sudah copy gambar itu.. anda juga tidak akan tahu kiranya si polan itu akan publish semula gambar anda di mana-mana rangkaian laman sosial di internet.
Aku agak bertuah kerana aku ternampak gambar aku tu dalam buletin post rakan ku yang kebetulan dia adalah friend kepada ex-boyfriendku itu... apa agaknya akan jadi sekiranya rakanku itu bukan mutual friend?

dan sekarang ini juga aku tidak mungkin dapat tahu siapa yang sedang melihat gambar-gambarku yang telah dicopy dari MySpace aku dulu... aku tak tahu.. aku tidak mungkin dapat mengawalnya sedangkan dosa-dosa sedang berganda.... perbuatan bodohku tidak mungkin dapat ku tarik semula... kalau dalam komputer, kita boleh sahaja tekan butang UnDo... tapi dalam dunia realiti.. mana ada butang UnDo... yang ada hanyalah Doa kita kepada Allah SWT... Hanya Dia sahaja yang boleh membantu diri kita.

semoga para muslimah yang membaca dapat mengambil ikhtibar dari cerita yang aku sampaikan ini... segeralah bertindak! sampaikan kepada rakan-rakan muslimah anda yang mungkin tidak membaca blog ini..
  • lekas delete semua gambar-gambar anda.
  • jangan sewenang-wenangnya bergambar sekiranya anda tidak tutup aurat.

Dari Marisa Muslim: Ya... hanya ALLAH sahajalah tempat aku memohon agar diriku dilindungi... Ya Allah ampunilah dosa hamba mu yang hina dina ini... amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan