Waktu Solat

Rabu, Disember 08, 2010

Riak setelah Bertaubat: Bagaimana untuk mengekalkan Iman?



Assalamualaikum wbt..

Aku tertarik untuk menulis mengenai perkara ini adalah kerana ianya berkait rapat sekali dengan diriku..
Para ulama' telah bersepakat bahawa Iman dalam diri seseorang muslim boleh menaik dan menurun bergantung kepada perlakuan dalam kehidupan sehariannya.
Memetik kata-kata Uzar, manusia (kecuali Rasulullah saw) tidak dapat lari daripada melakukan dosa. Mahupun sekecil-kecil dosa.

Dahulu mungkin hidup kita bergelumang di dalam dosa sehinggakan pada satu hari dengan izin Allah swt, Ia telah memberi hidayah dan membuka hati kita untuk bertaubat. Maka kita pun bertaubat semahu-mahunya dan berjanji pada-Nya untuk tidak mengulangi lagi perbuatan mungkar yang dahulu.. Alhamdulillah..

Namun oleh kerana kita hanyalah manusia biasa, kita sentiasa terdedah dengan perkataan ALPA. Iaitu lupa. Manusia mudah lupa.. jadi bagaimana untuk kita kekalkan iman setelah kita bertaubat?

Pesanan ini adalah untuk sekelian muslim dan untuk diriku sendiri...

Riak dalam Ibadah



Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Allah tidak akan menerima amalan yg ada di dalamnya riak sebesar biji sawi."
(riwayat oleh Ibn jarir al-tabari dan lain-lainnya sebagai hadith marfu')
Apabila kita sudah bertaubat, kita mula menunaikan solat lima waktu tanpa tinggal, berpuasa dan lain-lain ibadah.. dan dengan diri yang sudah dirasakan suci dan bersih, kita melihat pula rakan-rakan sejahiliyah kita pada suatu ketika yang masih lagi ditakuk lama.. masih lagi dengan hiburan dunia.. masih lagi tidak ingat akhirat.

Apakah perasaan yang dirasakan ketika itu?
Disinilah syaitan memainkan peranan untuk memupuk rasa riak dalam hati insan yang telah bertaubat tadi.
Hati-hati wahai saudara-saudara muslim ku..

Janganlah kamu merasakan diri kamu hebat berbanding rakan-rakan kamu itu semata-mata kerana kamu telah bertaubat. Jangan sama sekali. Kerana tika kamu berperasaan seperti itu, maka itulah yang dinamakan riak. Riak akan menggugurkan segala pahala ibadah. Nauzubillah min zalik.

Perasaan ini lah yang paling kutakuti sekali... aku sentiasa berdoa agar Allah menjauhkan perasaan itu dari diriku.. Moga diriku dilindungi oleh-Nya.. amin


Semalam aku tonton rancangan Dato Fadzilah Kamsah : Selami Jiwa. Dalam rancangan itu, beliau ada memesan, untuk mengekal iman setelah bertaubat salah satu caranya ialah:

Pesan-memesan kepada orang lain.
- Iaitu kepada kawan-kawan kita dan lain-lain. Dengan cara ini kita juga dapat mengingatkan diri kita sendiri.

Jangan pandang diri sendiri lebih baik daripada orang lain yang belum bertaubat.
- Kerana kita tidak tahu penghabisan riwayat orang tersebut macam mana. Kemungkinan dengan izin Allah, dia mati setelah sempat bertaubat. Kita juga tidak tahu bagaimana penghabisan riwayat diri kita sendiri. Walaupun telah bertaubat, kita tidak tahu apa yang Allah rencanakan pada diri kita nanti. Kemungkinan kita mati dengan keadaan sebelum itu, kita sedang riak. Nauzubillah min zalik..

Beribadahlah seperti kita sudah hendak mati 
- Anggaplah solat anda itu adalah solat terakhir sebelum anda mati. Aku sedang cuba untuk mempraktiskan cara ini. Dengan berperasaan seperti ini, kita akan rasa lebih kusyuk dan bulat hati kerana Allah swt. Insyallah..

Jadi, sentiasalah rendahkan hati... jangan membangga-banggakan diri dengan ibadah yang dilakukan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang riak. Sentiasa lah berdoa kepada Allah yang Maha Esa supaya iman kita sentiasa teguh dan doalah penghabisan yang baik untuk diri kita. Semoga kita mati dalam iman.

Amin..

Dari Muslimah Muslim: Sentiasa berdoa agar dijauhi dari perasaan riak

1 ulasan:

  1. thanx share info pasl ni...
    mmg tercari2 artikel pasal riak selepas bertaubat..

    BalasPadam